fb fb fb fb fb

Seha, si badak sumbu kembali ke habitat asal selepas 10 tahun

 FOTO AFP



BELA BELA 25 Januari- Seekor badak sumbu berusia 10 tahun yang tanduknya ditetak secara kejam kembali habitat semula jadinya pada Isnin, selepas menjalani 30 pembedahan membaiki luka di mukanya selama enam tahun.

Para penyelamatnya menamakan badak jantan itu Sehawukele, yang bermaksud "Tuhan kasihanilah kami".

Dipanggil sebagai Seha, ia ditemui polis tersandung pada pagar di kawasan konservasi, dalam keadaan parah sehingga ianya hampir tidak boleh mendengar atau makan.

Polis memanggil John Marais, doktor haiwan hidupan liar yang menjalankan badan amal yang dipanggil Saving the Survivors.

Kumpulan itu memulihkan badak sumbu tersebut yang terselamat daripada serangan pemburuan haram.

"Dia sebenarnya telah sembuh dengan sangat baik," kata Marais.

Walaupun selepas pembedahan yang panjang, rongga hidung Seha masih terdedah, sekaligus mampu mewujudkan risiko jangkitan.

Tetapi ahli pemuliharaan telah memilih untuk mengembalikannya ke habitat asal dengan harapan ia akan mengawan dan membantu mengembangkan populasi yang semakin berkurangan.

"Tiada pemindahan badak tanpa risiko," kata Andre Uys, yang menguruskan rizab permainan di mana Seha tinggal sekarang.

Seha selamat dibebaskan pada hari Isnin. Para penyelamatnya merahsiakan lokasi sebenar badak itu dengan harapan dapat menghalang serangan pemburuan haram pada masa hadapan.

Pemburu haram membunuh sekurang-kurangnya 249 badak sumbu di Afrika Selatan dalam tempoh enam bulan pertama 2021 , jumlah yag lebih banyak berbanding separuh pertama 2020.

Haiwan itu dibunuh untuk mendapatkan tanduk mereka, yang diseludup ke Asia di mana ianya sangat dihargai untuk tujuan perubatan tradisional.-AFP

Media Baharu