fb fb fb fb fb

Sebahagian rakyat Kanada bantah lawatan Joe Biden ke negara itu

KANADA, 25 Mac- Sebahagian rakyat Kanada berkumpul di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Ottawa pada Khamis bagi membantah lawatan Presiden AS, Joe Biden ke negara itu.

Penunjuk perasaan menuntut AS menghentikan penyebaran ideologi perang dan menggesa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya tidak menyediakan senjata kepada Ukraine.

"Tindakan NATO menghantar lebih banyak senjata, bom, peluru berpandu ke Ukraine hanya akan mengakibatkan semakin banyak kematian.

Ia tidak akan mengurangkan konflik dan menghentikannya," kata Luca, seorang penunjuk perasaan.

(Penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan AS di Ottawa bagi membantah lawatan
Presiden Joe Biden ke negara itu / Foto REUTERS)

Kumpulan itu menyifatkan AS sebagai negara yang menyokong peperangan dan menjejaskan keamanan serta kestabilan dunia.

"Dalam lebih daripada 200 tahun kewujudannya, mereka sentiasa berperang.

Jadi apabila ketua imperialisme AS datang ke Kanada, kami ingin menunjukkan bahawa dia sama sekali tidak dialu-alukan, dan tidak sepatutnya datang ke sini," kata Larry Worthlon, seorang lagi penunjuk perasaan.

Sementara itu ada juga penunjuk perasaan yang mecadangkan agar dasar luar harus bebas daripada AS kerana rakyat Kanada mahukan keamanan.-REUTERS

Media Baharu