RIO DE JANEIRO, 25 Mac- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam pertempuran dengan polis ketika serbuan dilakukan untuk menangkap seorang ketua kumpulan samseng.
Pertempuran berlaku di kejiranan kelas pekerja Salgueiro di bandar Sao Goncalo, timur laut Rio de Janeiro iaitu bandar kedua terbesar di Brazil.
Menurut polis, mereka yang terbunuh disyaki penjenayah, manakala tiga penduduk tempatan turut cedera ditembak dalam kejadian itu.
Leonardo Costa Araujo yang didakwa sebagai ketua kumpulan dadah dari negeri Para, merupakan antara yang maut.
Suspek terlibat dalam pembunuhan beberapa pegawai polis di Para sejak beberapa tahun lalu dan disyaki bersembunyi di kawasan itu.
(Senjata milik penjenayah yang dirampas oleh pihak polis / Foto REUTERS)
"Hari ini adalah hari kita boleh memperingati kejayaan misi," kata Setiausaha Polis Awam, Fernando Albuquerque.
Pasukan polis negeri Rio kerap melakukan serbuan maut di kawasan setinggan tersebut.-REUTERS