NEW DELHI, 25 Mac-India merekodkan peningkatan kes COVID-19 serta influenza dalam beberapa minggu ini.
Susulan itu, kerajaan India mengarahkan latihan kecemasan dilakukan di hospital seluruh negara untuk mendepani sekiranya berlaku peningkatan mendadak wabak berkenaan.
Pakar perubatan, bagaimanapun, memaklumkan orang ramai tidak perlu panik kerana kadar kemasukan pesakit ke hospital, masih rendah.
Pengerusi Institut Perubatan Dalaman, Pernafasan, dan Perubatan Tidur, Randeep Guleria berkata ketika ini beberapa aspek perlu diberi tumpuan.
Antaranya, pengawasan program yang baik, pemantauan serta amalan pencegahan COVID-19.
Lapan negeri mencatatkan kes tertinggi wabak, masing-masing, Maharashtra, Gujarat, Kerala, Karnataka, Tamil Nadu, Delhi, Himachal Pradesh dan Rajasthan.-REUTERS
(FOTO REUTERS)