fb fb fb fb fb

Sebahagian besar kebakaran hutan di Greece dikawal

ATHENS, 20 Julai- Sebahagian besar kebakaran hutan di seluruh Greece berjaya dikawal selepas ia memusnahkan kawasan hutan dan berpuluh-puluh rumah selama beberapa hari.

Kebakaran di barat Athens yang menyebabkan pemindahan bpuluh-puluh penduduk awal minggu ini, kata seorang pegawai bomba. Anggota bomba, dibantu dengan penyemburan air dari udara bagi mengelakkan kebakaran tersebut semakin marak.

Di pulau Rhodes, anggota bomba terus memadamkan kebakaran di kawasan pergunungan dan memaksa penduduk menyelamatkan diri dari kawasan itu.

Perkhidmatan meteorologi Greece memberi amaran tentang risiko kebakaran yang mula meningkat pada Khamis, ekoran negara itu semakin pulih daripada gelombang panas yang berlaku.

Gelombang haba kedua diramalkan bermula pada Khamis, dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius (°C) di sesetengah kawasan, dan terus meningkat kepada maksimum 44°C pada Jumaat.

Pasukan pemadam kebakaran darat dan udara akan meneruskan rondaan di kawasan hutan seluruh Greece, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kejadian kebakaran adalah perkara biasa di Greece, tetapi musim panas yang kering dan berangin menjadikan Mediterranean sebagai kawasan mudah terbakar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.- REUTERS

(Pemandangan udara kawasan terbakar di penempatan Tsakali berhampiran Mandra, barat Athens/AFP)

Media Baharu