KIEV, 20 Julai- Sebuah bangunan Kedutaan China di Odesa rosak dalam serangan peluru berpandu dan dron Rusia di bandar pelabuhan selatan Ukraine, kata gabenor wilayah Oleh Kiper.
Kiper memuat naik gambar tingkap bangunan itu pecah secara dalam talian.
Rusia, menyerang bandar pelabuhan Odesa dan Mykolaiv untuk tiga malam berturut-turut.
"Penyerang sengaja menyerang infrastruktur di pelabuhan selain bangunan pentadbiran. Kediaman berdekatan Kedutaan China turut rosak. Ia menunjukkan musuh tidak memberi perhatian kepada apa-apa," kata Kiper dalam aplikasi Telegram.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata 60,000 tan produk pertanian musnah dalam serangan udara Rusia di pelabuhan Odesa dalam ucapan video pada Rabu. Produk itu akan dihantar ke China.- REUTERS
(Gambar tingkap Kedutaan China rosak dikongsikan Oleh Kiper di aplikasi telegram/AFP)