fb fb fb fb fb

India larang eksport beras bukan basmati

NEW DELHI, 20 Julai- India melarang eksport beras bukan basmati berkuat kuasa serta-merta, menurut notis kerajaan yang dikeluarkan pada Khamis. Ia berikutan selepas hujan monsun bermusim yang menjejaskan tanaman dan menimbulkan kebimbangan kekurangan pengeluaran.

Ketibaan musim monsun menyebabkan pengurangan penerimaan hujan sehingga pertengahan Jun. Bagaimanapun hujan lebat berlaku sejak minggu terakhir bulan Jun telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada tanaman.

"Kerajaan India telah meminda pelbagai dasar eksport bagi memastikan ketersediaan beras bukan basmati yang mencukupi di pasaran India dan untuk meredakan kenaikan harga dalam pasaran domestik," kata satu kenyataan kerajaan.

Harga runcit beras meningkat 11.5% sepanjang tahun lalu dan tiga peratus sepanjang bulan lalu.

India menyumbang lebih daripada 40% daripada eksport beras dunia tetapi sebarang pemotongan dalam penghantaran akan memacu harga makanan didorong oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tahun lepas dan cuaca tidak menentu.

"India akan mengganggu pasaran beras global yang lebih besar daripada yang dilakukan Ukraine dalam pasaran gandum disebabkan pencerobohan Rusia," kata B.V. Krishna Rao, presiden Persatuan Pengeksport Beras kepada Reuters.

Beras adalah makanan ruji untuk lebih daripada 3 bilion penduduk, dan hampir 90% daripada tanaman intensif air itu dihasilkan di Asia, kerana corak cuacanya yang sesuai dengan tanaman itu. Harga global berada pada paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

"Larangan mengejut ke atas eksport akan sangat memberikan kesan kepada pembeli, kerana ia tidak boleh menggantikan penghantaran dari mana-mana negara lain," kata Rao.

Walaupun Thailand dan Vietnam tidak mempunyai inventori yang mencukupi untuk menampung kekurangan itu namun pembeli Afrika akan terjejas oleh keputusan yang dibuat oleh India, kata Rao. Kebanyakan negara meminta New Delhi untuk menyambung semula penghantaran tersebut.- REUTERS

(Seorang wanita menuai padi di kampung Karunj negeri barat Maharashtra, India/REUTERS)

Media Baharu