fb fb fb fb fb

Persatuan pengendali bahan api Pakistan gesa mogok nasional

KARACHI, 20 Julai- Pengendali pam bahan api di seluruh Pakistan akan mengadakan mogok di seluruh negara pada 22 Julai sebagai usaha untuk mendapatkan margin yang lebih besar berikutan krisis inflasi yang berlaku di negara itu, demikian dinyatakan Persatuan Peniaga Petroleum Pakistan pada Khamis.

"Kami akan menutup semua pam petrol pukul 6.00 petang di seluruh Pakistan pada 22 Julai," kata persatuan itu.

Pada masa ini, persatuan itu mempunyai lebih daripada 10,000 ahli.

Kadar faedah dan inflasi telah berlaku terhadap perniagaan pengendali bahan api dan menggesa margin pengedar ditingkatkan, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Bahan api Iran diseludup ke negara itu dan menyebabkan menyebabkan jualan telah merosot sebanyak 30%.

"Kira-kira 8,000 hingga 9,000 pengendali yang diwakili oleh kami, akan menutup premis pada 22 Julai," kata pengerusi persatuan itu, Abdul Sami Khan kepada Reuters.

Negara Asia Selatan itu berdepan dengan mata wang yang semakin lemah selain tempoh inflasi berpanjangan dengan kadar mencecah 29.4% pada Jun. Bagaimanapun, angka itu menunjukkan pengurangan kadar inflasi berbanding Mei yang mencatatkan 38% .- REUTERS


(Foto hiasan)

Media Baharu