fb fb fb fb fb

Juruterbang maut semasa operasi padam kebakaran hutan

(Foto AFP)

MONTREAL, 21 Julai- Seorang juruterbang maut dalam nahas helikopter di barat Kanada ketika operasi memadamkan kebakaran hutan yang melanda negara itu.

Dia adalah mangsa ketiga yang maut dalam operasi tersebut selepas dua anggota bomba lain turut terkorban minggu lalu dalam operasi berasingan.

Helikopter yang dinaiki juruterbang itu dilaporkan hilang pada petang Rabu. Ia ditemukan berhampiran Tasik Haig di utara wilayah Alberta.

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan negara, kemalangan itu berlaku di lokasi terpencil.

Kertas siasatan berikutan kejadian tersebut juga telah dibuka.


(Kebakaran hutan di Kanada/AFP)

Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan berkata, ketika ditemui, bantuan pernafasan telah diberikan kepada juruterbang berkenaan sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Perdana Menteri Justin Trudeau turut berasa dukacita menerima perkhabaran tersebut.

"Kami tidak akan melupakan jasanya kepada wilayahnya dan negara kami," tulisnya.

"Lebih 11 juta hektar (27 juta ekar) telah terbakar tahun ini, iaitu sepuluh kali ganda purata negara, kata Menteri Alam Sekitar Steven Guilbeault.

Lebih 880 kebakaran berlaku di Kanada pada hari Khamis dengan 13 kebakaran baharu diisytiharkan pada siang hari. Antaranya 546 terbakar di luar kawalan.

Kebakaran itu kebanyakannya berlaku di hutan boreal yang jauh dari kawasan yang didiami, bermakna terdapat sedikit risiko segera kepada manusia, namun memberi impak besar kepada alam sekitar.-AFP

Media Baharu