(Penyokong berkumpul di Dataran Tahrir Baghdad,
mengecam rancangan pembakaran Al-Quran di Sweden/AFP)
BAGHDAD, 21 Julai- Ketegangan memuncak antara Iraq dengan Sweden berikutan insiden memijak Al-Quran baru-baru ini.
Insiden tersebut juga mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Ratusan rakyat Iraq menyerbu dan membakar kedutaan Sweden di Baghdad bagi membantah tindakan Sweden membenarkan Salwan Momika melakukan perbuatan keji itu atas alasan kebebasan bersuara.
Kerajaan Iraq mengecam tindakan itu.
Semasa berlakunya protes di luar kedutaan Iraq di Stockholm, Perdana Menteri Iraq Mohamed Shia al-Sudani "mengarahkan duta Sweden di Baghdad untuk meninggalkan wilayah Iraq.
Dalam pada itu, Iraq juga berikrar untuk memutuskan hubungan dengan negara tersebut termasuk menggantung lesen operasi syarikat telekomunikasinya, Ericsson.
Tindakan itu didorong oleh kebenaran berulang kali kerajaan Sweden untuk membakar Al-Quran, menghina kesucian Islam dan membakar bendera Iraq", kata pejabatnya.-AFP
(Tunjuk perasaan di Dataran Tahrir Baghdad berhubung
insiden membakar Al-Quran di Sweden/AFP)