(Scott Robertson)
WELLINGTON, 21 Mac- Ragbi New Zealand pada hari Selasa mengumumkan Scott "Razor" Robertson sebagai jurulatih All Blacks selepas aksi Piala Dunia tahun ini.
Scott Robertson akan mengambil salah satu pekerjaan paling diidamkan dalam sukan itu selepas kejohanan dunia di Perancis, Septermber nanti.
"Robertson telah dilantik selama empat tahun dari 2024 hingga akhir Piala Dunia Ragbi 2027," kata Ragbi New Zealand.
Dia menggantikan Ian Foster, yang gagal menepati KPI majikannya setelah tewas kepada Ireland di laman sendiri dan jatuh ke tempat ketiga dalam ranking dunia.
Proses pengambilan jurulatih baharu itu telah menimbulkan kemarahan Foster, sekali gus menggesa Ragbi New Zealand untuk menangguhkan perkara tersebut sehingga Piala Dunia selesai kerana ia bakal mengganggu persiapan pasukan.
Robertson telah mengetuai pasukan Canterbury Crusaders memenangi enam gelaran Super Ragbi sejak 2017, tetapi tidak pernah melatih pasukan kebangsaan.
Ramai bekas jurulatih New Zealand yang berjaya, seperti Graham Henry dan Steve Hansen, bekerja di luar negara.-AFP
(Scott Robertson)