fb fb fb fb fb

Satu kotak hitam pesawat China Eastern Airlines ditemukan

GUANGXI, 23 Mac - Satu daripada dua kotak hitam pesawat malang China Eastern Airlines yang terhempas Isnin lalu berjaya ditemukan pasukan penyiasat China, hari ini.

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan China, Liu Lusong mengesahkan penemuan kotak hitam itu dalam keadaan rosak teruk.

Pesawat Boeing 737-800 itu dilengkapi dengan dua perakam penerbangan, satu di kabin penumpang belakang yang menjejaki data penerbangan manakala satu lagi perakam suara kokpit.

Buat masa ini , masih belum dapat dipastikan sama ada ia perakam data atau perakam suara kokpit.

 (Kerja-kerja menyelamat dan menjejaki sisa kapal terbang masih diteruskan/FOTO FAIL)

Dalam pada itu, kerja-kerja menyelamat dan menjejaki sisa kapal terbang masih diteruskan, walaupun pihak berkuasa masih mengelak daripada mengisytiharkan semua penumpang terkorban.

Namun setakat Selasa, tiada seorang pun daripada 132 penumpang pesawat ditemui selamat.

Berdasarkan maklumat , masih tiada petunjuk jelas mengenai punca nahas.

Tragedi China Eastern MU5735 disifatkan nahas kapal terbang terburuk di China dalam tempoh hampir 30 tahun.

Media Baharu