fb fb fb fb fb

Peraturan dilonggarkan, Arab Saudi batalkan SOP kesihatan

(FOTO AFP)

RIYADH, 23 Mac - Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bahawa sijil vaksinasi COVID-19 tidak lagi menjadi syarat mandatori untuk kemasukan penumpang ke negara itu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa semua sekatan kesihatan utama yang dikenakan ke atas pelancong asing ke negara itu berkaitan pandemik COVID-19 telah ditarik balik.

(FOTO AFP)

Antaranya termasuk mengemukakan sijil vaksinasi, keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) sebelum pergi atau sejurus tiba di negara itu serta keperluan kuarantin di kemudahan disediakan atau di rumah.

Keputusan itu dibuat susulan penurunan ketara jumlah kes Covid-19 negara itu yang kini hanya merekodkan 4 peratus jangkitan.

Ia turut disumbang kadar vaksinasi tinggi iaitu 99 peratus.-AFP

Media Baharu