fb fb fb fb fb

Konflik Rusia - Ukraine: 10 jenis bantuan kepada rakyat Thailand

BANGKOK, 23 Mac - Thailand meluluskan 10 jenis bantuan kepada rakyatnya.

Ia bagi menangani kenaikan harga tenaga susulan konflik Rusia dan Ukraine.

Bantuan yang dilaksanakan antara Mei hingga Julai itu diluluskan kabinet Thailand pada Selasa.

Menurut Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, menerusi langkah itu harga diesel akan dihadkan kepada 30 baht seliter sehingga akhir April dan selepas itu, kerajaan akan memberi subsidi 50 peratus daripada sebarang kenaikan harga.

Prayuth berkata, kerajaan memantau keadaan dan berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kemeruapan harga dalam pasaran tenaga berikutan konflik Ukraine dan Russia menyebabkan peningkatan harga pengeluaran, pengangkutan barang dan perkhidmatan, selain kos sara hidup," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet semalam.

Turut diberi subsidi bulanan sebanyak 100 baht bantuan tunai untuk gas memasak kepada 3.6 juta pemegang kad kebajikan.

Lebih 5,000 penjaja yang memegang kad kebajikan akan menerima diskaun 100 baht untuk gas memasak.

(Diskaun 100 baht untuk gas memasak/FOTO FAIL)

Bil elektrik pula akan dikurangkan bagi penggunaan tidak melebihi 300 unit sebulan.

Selain itu pemandu teksi motosikal akan diberi 250 baht sebulan.

Kadar caruman tabung keselamatan sosial pula diturunkan kepada satu peratus berbanding lima peratus ketika ini.

Harga minyak global naik susulan konflik Rusia dan Ukraine. - AFP

Media Baharu