fb fb fb fb fb

Polio: 2.9 juta kanak-kanak Malawi divaksin

LILONGWE, 24 Mac- Malawi melancarkan kempen memerangi virus Polio dengan mewajibkan vaksinasi terhadap 2.9 juta kanak-kanak di negara itu.

Ia susulan kes terbaharu yang dikesan dalam tempoh 30 tahun sejak benua Afrika diistytiharkan bebas daripada virus tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan Malawi, Khumbize Chiponda pihaknya telah menggerakkan anggota kesihatan ke seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan kempen mencapai tujuan.

“Setiap kanak-kanak di Malawi, mereka harus kekal selamat. Tetapi saya juga fikir adalah sangat penting bahawa sebagai sebuah negara, kita cuba lakukan yang terbaik untuk kita mengekalkan status bebas polio," katanya.


(Menteri Kesihatan Malawi, Khumbize Chiponda/REUTERS)

UNICEF memperuntuk 6.9 juta dos untuk diberi kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

Polio merupakan virus yang sangat mudah berjangkit yang menyerang saraf tunjang serta menyebabkan lumpuh.

Meskipun tiada ubat untuknya, vaksinasi penting bagi mengelak daripada dijangkiti sekali gus memutuskan kitaran penularan.

Penyakit Polio adalah endemik di seluruh dunia sehingga vaksin ditemui pada tahun 1950-an, namun ia masih tidak dapat dilenyapkan di kebanyakan negara miskin di Asia dan Afrika.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu