LAGOS, 24 Mac- LAGOS, 24 Mac- Pembukaan kilang baja bernilai AS$2.5 bilion di Nigeria diharap mampu menyumbang kepada bekalan global ketika harga pasaran dilapor meningkat.
Gabenor Bank Pusat Nigeria, Godwin Emefiele memaklumkan ia tepat pada waktunya ketika komuniti pertanian di seluruh dunia berhadapan masalah mencari sumber bahan input tersebut susulan perang Rusia-Ukraine.
Tambahnya, ia juga akan turut membantu meningkatkan keluaran dalam negara kasarnya KDNK yang disumbang sektor pertanian.
Ia menjadikan Nigeria berdikari dalam pengeluaran baja dengan kapasiti tambahan membolehkan negara itu mengeksport baja ke pasaran Afrika dan benua lain.
"Saya sangat gembira, bahawa seorang warga Nigeria dalam diri Alhaji Aliko Dangote telah mengambil bukan sahaja inisiatif hebat ini untuk membantu menyelesaikan masalah import produk petrokimia kami, termasuk baja, tetapi juga telah mengambil kesempatan daripada peluang pasaran yang besar yang muncul, dengan mempersembahkan perkembangan global terkini," kata Godwin.
Kilang yang terletak di zon perindustrian di Lagos itu dijangka memulakan eksport seawal bulan Mei ke negara-negara antaranya termasuk Amerika Syarikat, Brazil, India dan Mexico.- AP
(Gabenor Bank Pusat Nigeria, Godwin Emefiele/AP)