fb fb fb fb fb

Serangan di lapangan terbang Mogadishu, Al- Shabaab mengaku bertanggungjawab

MOGADISHU, 24 Mac- Pasukan keselamatan Somalia menembak mati dua penyerang bersenjata berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Mogadishu.

Mereka dilaporkan cuba menceroboh pangkalan tentera yang menempatkan tentera pengaman Kesatuan Afrika (AMISOM), Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa lain.

Menurut saksi, kedua-duanya telah ditahan dan disoal setiba di pintu kem.

Setelah tidak mendapat kebenaran masuk, salah seorang daripadanya mula melepaskan tembakan rambang dan mencederakan beberapa orang tentera.

Pihak tentera membalas tembakan dan berjaya membunuh penyerang.

Dalam pada itu, kumpulan militan Al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al Qaeda mengaku bertanggungjawab.

Jurucakapnya, Abdiasis Abu Musab berkata mereka berjaya menyelinap masuk dan mengorbankan beberapa orang tentera namun tidak memberikan sebarang bukti.

Berikutan itu, semua penerbangan keluar masuk dari lapangan terbang tersebut dihentikan.

Ia siri serangan berterusan militan Al Shabaab yang berhasrat menjatuhkan kerajaan pusat Somalia bertujuan bagi menegakkan sebuah negara dengan undang-undang agama yang ekstrim.- REUTERS


(FOTO FAIL REUTERS)

Media Baharu