fb fb fb fb fb

Rusia had akses Google News


MOSCOW, 24 Mac - Pengawal selia komunikasi Rusia mengehadkan akses kepada Google News yang menuduh menyediakan maklumat yang tidak benar mengenai serangan Rusia di Ukraine, lapor agensi berita Rusia pada Rabu.

Menurut kenyataan Pemantau Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa Perkhidmatan Persekutuan Russia, Roskomnadzor berkata keputusan itu diambil atas permintaan Pejabat Pendakwa Raya Rusia.

"Maklumat berita dalam talian yang menyediakan akses kepada banyak penerbitan da bahan yang mengandungi maklumat palsu...termasuk perjalanan operasi ketenteraan khas di Wilayah Ukraine," kata kenyataan itu.

(Mengehadkan akses kepada Google News yang didakwa menyebarkan maklumat tidak benar kejadian di Rusia/FOTO Google)

Sementara itu, jurucakap kepada syarikat Google berkata, pihaknya mengesahkan bahawa sesetengah pengguna mengalami kesukaran untuk mengakses kepada laman web Google News di Rusia.

Katanya hal itu juga bukan disebabkan oleh sebarang isu teknikal di pihak Google.

"Kami bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan maklumat seperti berita boleh diakses oleh pengguna di Rusia selagi boleh," katanya.

Media Baharu