fb fb fb fb fb

Satu juta pelancong China direkodkan ke Thailand pada Januari-18 Mei

(Foto REUTERS)

BANGKOK, 28 Mei- Seramai 1 juta pelancong China direkodkan ke Thailand bagi tempoh Januari hingga 18 Mei lalu, selepas pembukaan semula sempada China.

Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri dalam satu kenyataan berkata kerajaan menjangkakan jumlah pelawat China akan mencapai sasaran lima juta tahun ini, melibatkan perbelanjaan sebanyak 446 bilion Baht ($13.18 bilion).


(Seramai 1 juta pelancong China ke Thailand bagi tempoh
Januari hingga pertengahan Mei/REUTERS)

Tahun lalu, kira-kira 274,000 pelancong China melawat negara Asia Tenggara itu, berbanding 11 juta orang pada 2019 atau kira-kira 28 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Keseluruhan ketibaan pelancong asing ialah 9.47 juta bagi tempoh Januari hingga pertengahan Mei, berbanding 11.15 juta pelancong pada tahun 2022.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu berkembang lebih cepat daripada jangkaan pada suku pertama, didorong oleh peningkatan berterusan dalam sektor pelancongan penting yang merupakan sumber utama pekerjaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.- REUTERS

Media Baharu