fb fb fb fb fb

Asiana Airlines henti jualan tempat duduk kecemasan

(Foto AFP)

SEOUL, 28 Mei- Syarikat Penerbangan Asiana Airlines Korea Selatan menghentikan jualan beberapa tempat duduk kecemasan susulan kejadian seorang penumpang membuka pintu kecemasan semasa dalam penerbangan.

Insiden itu berlaku pada pesawat A321-200, yang membawa hampir 200 penumpang ketika menghampiri landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, kira-kira 240 kilometer (149 batu) tenggara Seoul.


(Pintu pesawat Asiana Airlines yang dibuka dilihat
di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu di Daegu pada 26 Mei 2023/AFP)

Pesawat mendarat dengan selamat. Bagaimanapun, beberapa orang telah dimasukkan ke hospital. Tiada kecederaan serius atau kerosakan.

Bermula Ahad, tempat duduk kecemasan 31A dan 26A pada pesawat 14 A321-200 tidak lagi dijual, kata syarikat penerbangan itu kepada AFP.

"Sebagai langkah keselamatan, langkah ini akan terpakai walaupun penerbangan penuh," tambahnya.

Lelaki itu ditahan pihak berkuasa di Daegu kerana didakwa melanggar undang-undang keselamatan penerbangan. Dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Lelaki itu, dalam lingkungan 30-an, memberitahu polis Daegu bahawa dia ingin keluar dari pesawat kerana dia berasa "sesak nafas" di dalam kabin.

"Dia juga mengalami tekanan akibat menganggur", kata pihak berkuasa.-AFP

Media Baharu