fb fb fb fb fb

Gesa gencatan senjata bagi akses kemanusiaan di Sudan - UNHCR

(Foto Reuters)

SUDAN, 28 Mei- Ketua Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi pada Sabtu menggesa pihak bertelagah di Sudan, melaksanakan genjatan senjata bagi akses kemanusiaan ke kawasan yang dilanda konflik.

Agensi bantuan kemanusiaan kini bersedia untuk memberikan bantuan kepada rakyat Sudan, tetapi penyelesaian sebenar terletak di tangan kedua-dua pihak dalam konflik itu, kata Grandi.

Grandi seterusnya menggesa kedua-dua pihak bertindak demi kepentingan negara dan rakyat, dalam usaha meredakan bencana kemanusiaan yang dicetuskan oleh konflik itu.

Pertempuran di antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus sejak 15 April lalu, berpunca daripada perselisihan faham mengenai integrasi kumpulan RSF ke dalam tentera Sudan sebagai sebahagian daripada peralihan ke arah pemerintahan awam.

(Keadaan penempatan pelarian di Sudan/Foto Reuters)

Terdahulu, Wakil Angkatan Bersenjata Sudan (SAR) dan RSF separa tentera telah menandatangani perjanjian gencatan senjata selama tujuh hari untuk tujuan kemanusiaan, menurut satu kenyataan dari pihak Saudi.

Perjanjian itu berkuat kuasa pada 21:45 waktu Khartoum pada 22 Mei, 48 jam selepas ditandatangani.

Namum pertempuran berterusan di beberapa kawasan, dengan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain melanggar perjanjian.

Laporan yang diterbitkan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi pada Rabu menunjukkan pertempuran di Sudan telah memaksa lebih 1.3 juta untuk meninggalkan rumah mereka, termasuk hampir 320,000 menjadi pelarian.-REUTERS

Media Baharu