fb fb fb fb fb

Pintu kawalan sempadan automatik Britain kembali beroperasi

(Foto fail REUTERS)

LONDON, 27 Mei- Pintu kawalan sempadan automatik Britain kembali beroperasi seperti biasa selepas berlakunya kerosakan sistem maklumat di lapangan terbang Heathrow dan Gatwick.

Perkembangan itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri menerusi Twitter.

"Kami berterima kasih kepada pengembara yang terjejas kerana kesabaran dan kakitangan mereka atas kerja mereka dalam menyelesaikan isu itu", katanya.


(Pintu kawalan sempadan automatik Britain kembali beroperasi seperti biasa selepas
berlakunya kerosakan sistem maklumat di lapangan terbang Heathrow dan Gatwick/REUTERS)

Jumaat lepas, berpuluh penerbangan yang dijadual berlepas dari Heathrow dibatalkan, berikutan masalah tersebut, termasuk penerbangan yang dijadual mendarat di lapangan terbang di London itu.

Imej yang disiarkan di media sosial sebelum ini menunjukkan ratusan orang beratur panjang di lapangan terbang Heathrow dan Gatwick di London, dengan penumpang yang kecewa mengadu terpaksa menunggu beberapa jam.

Masalah pintu kawalan sempadan automatik terjadi semasa pada cuti musim bunga dan cuti penggal persekolahan memaksa semua penumpang diperiksa secara manual.

Syarikat penerbangan dan lapangan terbang Britain turut mengalami beberapa gangguan lain sepanjang tahun lalu termasuk mogok yang melibatkan kakitangan lapangan terbang dan pekerja pasukan sempadan dan penerbangan dibatalkan kerana kekurangan kakitangan pada musim panas lalu.-REUTERS

Media Baharu