NEW YORK, 28 Sept- San Marino mengumumkan pengiktirafan rasminya terhadap penubuhan negara Palestin.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), pengumuman itu dibuat oleh Menteri Luar San Marino Luca Beccari ketika berucap pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
“Kami secara rasmi mengiktiraf negara Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka dengan sempadan yang selamat serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, selaras dengan resolusi PBB.
“Penubuhan sebuah negara adalah hak yang tidak boleh dinafikan bagi rakyat Palestin,” katanya.