fb fb fb fb fb

China buka jambatan tertinggi dunia di Guizhou

Foto AFP

GUIZHOU, 29 September -China telah membuka jambatan tertinggi di dunia kepada orang ramai pada Ahad, menurut laporan media rasmi.

Jambatan Huajiang Grand Canyon, yang terletak di wilayah pergunungan Guizhou adalah setinggi 625 meter dari dasar sungai dan ngarai, sekali gus mengatasi Jambatan Beipanjiang (565 meter) yang juga terletak di wilayah yang sama sebagai jambatan tertinggi di dunia.

"Pembukaan Jambatan Huajiang Grand Canyon mengurangkan masa perjalanan antara dua sisi ngarai daripada dua jam kepada hanya dua minit," kata Ketua Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou, Zhang Yin, pada Rabu.

Menurutnya lagi, projek itu membawa "peningkatan besar kepada sistem pengangkutan serantau serta memberi dorongan baharu kepada pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan sekitar."

Wilayah Guizhou, yang terkenal dengan bentuk muka bumi berbukit-bukau, kini menempatkan dua jambatan tertinggi di dunia dan menjadi lokasi kepada hampir separuh daripada 100 jambatan tertinggi dunia, menurut agensi berita Xinhua.

Pembinaan Jambatan Huajiang mengambil masa lebih tiga tahun dan memiliki bentang utama sepanjang 1,420 meter.- REUTERS

TETITIA YUSOFF