fb fb fb fb fb

Sambutan hari jadi bertukar tragedi

Pegawai polis meronda di Espinasse-Vozelle/ AFP

PERANCIS, 14 Julai- Empat individu, termasuk seorang penembak lelaki maut pada Sabtu apabila penembak berkenaan melepaskan tembakan pada majlis hari jadi di sebuah kampung di Perancis, kata pihak berkuasa.

Lelaki itu menghampiri rumah jiran ketika seorang remaja berusia 20 tahun sedang meraikan hari lahirnya bersama-sama keluarganya di Espinasse-Vozelle.

Penembak berkenaan melepaskan tembakan ke arah tetamu dan telah membunuh tiga daripada mereka, kemudian menembak dirinya sendiri.

Lelaki yang menyambut hari lahirnya dan bapanya turut terbunuh.

Polis masih mendapatkan maklumat berhubung serangan itu.

Pendakwa raya tempatan Jerome Piques memberitahu AFP, lelaki itu bukan dalam kalangan tetamu parti dan menghampiri rumah jirannya sekitar pukul 9.30 malam waktu tempatan sebelum melepaskan tembakan.

Empat individu dirawat di hospital selepas cedera dalam tembakan itu, tetapi kecederaan mereka tidak mengancam nyawa.

Sementara itu 15 yang lain berada bawah pemerhatian ahli psikologi.

"Ia satu kejutan," kata Datuk Bandar Espinasse-Vozelle, Michel Marien kepada AFP. "Kami tidak tahu punca kejadian ini dan bagaimana seseorang hilang kawalan melakukan sesuatu seperti ini."

Polis berkata penembak itu berusia awal 50-an dan tidak memiliki jenayah lampau dan tidak pernah disabitkan kesalahan.

"Punca sebenar kejadian masih perlu disemak," kata sumber itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI