fb fb fb fb fb

Perkhidmatan internet di Gaza sedang dipulihkan - Netblocks

Foto AFP

BAITULMAQDIS, 29 Oktober - Perkhidmatan Internet di Semenanjung Gaza sedang dipulihkan, kata pemantau rangkaian global Netblocks pada Ahad, hampir dua hari selepas ia terputus ketika pengeboman besar oleh tentera Israel.

"Data rangkaian masa nyata menunjukkan bahawa perkhidmatan internet sedang dipulihkan di Semenanjung Gaza," tulis syarikat itu di X.

Seorang pekerja AFP di Gaza berkata sejurus selepas pukul 4 pagi, waktu tempatan dia boleh menggunakan internet dan berjaya menghubungi orang ramai di selatan Gaza melalui telefon.

Akses Internet dan telefon telah terputus di seluruh Gaza sejak Jumaat, ketika Israel mengebom wilayah tersebut.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN