fb fb fb fb fb

Saluran paip gas baharu ke China manfaat bersama - Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin / Foto Reuters

VLADIVOSTOK, 5 September – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan projek saluran paip gas Power of Siberia 2 ke China adalah “saling menguntungkan” dengan harga ditetapkan menggunakan formula pasaran serupa bekalan Rusia ke Eropah.

Rusia dan China menandatangani memorandum persefahaman mengikat untuk membina saluran paip itu semasa lawatan Putin ke Beijing minggu ini.

Syarikat tenaga Rusia, Gazprom menyasarkan bekalan bermula menjelang 2030, namun harga masih belum diputuskan.

“Ini adalah salah satu projek tenaga terbesar di dunia,” kata Putin pada Forum Ekonomi Timur di Vladivostok.

Projek tersebut semakin mendesak selepas Rusia kehilangan sebahagian besar pasaran gas Eropah susulan perang Ukraine.

Perdana Menteri Mongolia, Zandanshatar Gombojav, berkata negaranya yang menjadi laluan saluran paip itu bersedia bekerjasama, dan tidak menolak kemungkinan membeli sebahagian gas Rusia. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN