TULSA, 3 Jun – Seorang bekas pesakit sebuah hospital dilaporkan menembak mati empat orang termasuk seorang pakar bedah yang merawatnya dalam satu kejadian di hospital Saint Francis, Oklahoma, Amerika Syarikat.
Suspek seorang lelaki yang dikenali sebagai Michael Louis, memasuki perkarangan dengan senapang dan sepucuk pistol tidak berpuas hati dengan rasa sakit berterusan yang dihidapinya selepas melalui prosedur pembedahan belakang.
Menurut polis, mangsa, Dr. Preston Phillips telah dihubungi beberapa kali kemudian menasihatinya untuk datang kembali ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
"Dia menyalahkan Dr. Phillips atas kesakitan yang berterusan selepas pembedahan. Suspek bertekad untuk membunuh pakar bedah tersebut namun dihalang beberapa petugas kesihatan di hospital tersebut yang turut menjadi korban . Suspek kemudian menembak dirinya sendiri," katanya.
Pihak polis percaya suspek membeli senapang separa automatik di kedai senjata api tempatan sebelum menuju ke hospital.
(Sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian di hospital Saint Francis, Oklahoma, Amerika Syarikat/ AFP)
Kejadian terbaharu ini telah mendorong gesaan agar undang-undang kawalan senjata api diperketat meski ramai menjangkakan ia sekadar melepaskan batuh di tangga.
Menurut statistik keganasan melibatkan penggunaan senjata api, setakat Jun 2022, sebanyak 233 tembakan yang mengakibatkan kematian berlaku di seluruh Amerika Syarikat. -AFP
Berita Berkaitan
Lagi kes tembakan di AS - serangan terbaharu di hospital, empat orang awam maut