fb fb fb fb fb

Ribut Agatha: Mexico berdepan cuaca buruk

PUERTO ANGEL, 3 Jun - Taufan Agatha yang membadai beberapa kawasan di selatan Mexico telah menyebabkan sembilan orang maut dan enam lagi hilang.

Taufan kategori dua itu turut menyebabkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan kepada harta benda penduduk sekitar Puerto Angel.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS), ia yang terkuat pernah melanda sejak 1949.

Dalam pada itu Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memberi jaminan akan membantu penduduk yang terkesan dengan bencana alam tersebut.

"Jangan khuatif anda tidak bersendirian. Kami akan berusaha membaik pulih semula jalan raya yang rosak. Pada masa sama bantuan akan dihantar segera kepada semua penduduk di kawasan yang terjejas," katanya.


(Antara kediaman penduduk yang rosak akibat taufan Agatha
yang melanda  selatan Mexico/ AFP)

Perkhidmatan meteorologi negara itu menyebut terdapat 80 peratus peluang ribut baharu akan terbentuk dalam tempoh lima hari akan datang.

Ia sekali gus memberi amaran supaya penduduk di sepanjang pantai Pasifik dan Atlantik agar berjaga-jaga dan berpindah jika perlu.

Mexico kerap dilanda ribut tropika biasanya antara bulan Mei dan November. -AFP

Berita berkaitan
Taufan Agatha melanda Mexico: 3 maut, 8 hilang
Taufan Agatha badai pesisir pantai Mexico


 

Media Baharu