CZECH, 2 Jun - Dua orang maut dan lebih 50 orang cedera dalam kebakaran di rumah jagaan pesakit Alzheimer di Prague.
Perkhidmatan Kecemasan berkata dua lagi penghuni rumah di Roztoky, di utara ibu negara Czech, berada dalam keadaan kritikal, dua cedera parah dan 51 cedera ringan.
Kebakaran tersebut berlaku semalam dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian pagi tadi.
Hampir 100 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran dan memindahkan mangsa yang terlibat.
(Foto hiasan)