fb fb fb fb fb

Saga Farmann tiba di London, akhiri pelayaran jejak laluan purba

Replika kapal Viking 1,000 tahun belayar di London / Foto REUTERS

LONDON, 28 Ogos - Sebuah replika kapal panjang Viking berlayar di bawah Jambatan Tower, London pada Rabu, menandakan peringkat akhir pelayaran Eropah yang menjejaki semula laluan perdagangan purba.

Kapal tersebut, Saga Farmann, merupakan rekonstruksi arkeologi bersaiz penuh bagi sebuah kapal kargo Viking abad ke-10, atau knarr, yang diperbuat daripada kayu oak dan pain. Ia ditemui di Norway seawal tahun 1893 tetapi hanya digali pada 1970-an.

Projek itu mengambil masa bertahun-tahun dengan usaha gigih para peminat, disokong oleh kerajaan Denmark dan Norway, untuk menghasilkan salinan tepat kapal sepanjang 21 meter (69 kaki) dan selebar lima meter (16 kaki) tersebut. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE