fb fb fb fb fb

Rusuhan di penjara Guayaquil, enam maut

ECUADOR, 7 Oktober - Sekurang-kurangnya enam banduan terbunuh dalam kejadian rusuhan di penjara Guayaquil pada Jumaat, kata pihak berkuasa.

"Satu rusuhan berlaku" di salah satu sel di penjara Guayas 1, "mengakibatkan enam orang mati," kata pihak berkuasa penjara kebangsaan SNAI dalam satu kenyataan.

Pejabat pendakwa raya berkata bahawa pihaknya, bersama-sama polis dan tentera telah melaksanakan protokol keselamatan susulan kejadian itu.

Pasukan anggota tentera khusus akan melakukan serbuan dan tinjauan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Guayas 1 merupakan kompleks penjara yang besar di Guayaquil, sebuah bandar pelabuhan.

Pada akhir Julai, rusuhan di penjara Guayas 1 menyebabkan lebih 30 orang terbunuh.

Konflik antara kumpulan berkuasa yang dikaitkan dengan kartel Colombia dan Mexico telah menyebabkan lebih 430 banduan maut di Ecuador sejak 2021, dalam pembunuhan beramai-ramai.

Berpuluh-puluh pengawal telah dijadikan tebusan di beberapa penjara di seluruh negara pada akhir Ogos.

Di jalanan, pembunuhan telah meningkat empat kali ganda antara 2018 dan 2022, meningkat kepada rekod 26 bagi setiap 100,000 penduduk.

Kadar itu boleh meningkat setinggi 40 tahun ini, menurut pakar.- AFP

(FOTO HIASAN/AFP)

Media Baharu