fb fb fb fb fb

Lebih 650 pendatang tiba di pulau El Hierro, Sepanyol

SEPANYOL, 7 Oktober - Lima bot kayu membawa 684 pendatang tiba di El Hierro, barat Kepulauan Canary Sepanyol pada Rabu lalu, menurut pengawal pantai Sepanyol.

Salah satu bot yang membawa 258 pendatang ditunda kapal pengawal pantai ke pelabuhan La Restinga.

Ini berlaku selepas bot kayu yang membawa 271 pendatang tiba di pulau sama pada Selasa , berikutan pelayaran berbahaya dari Afrika.

Tujuh pulau di kepulauan itu, menjadi destinasi utama pendatang yang cuba tiba ke Sepanyol, manakala yang lain berusaha menyeberangi Mediterranean ke tanah besar Sepanyol.

Tahun ini Sepanyol menyaksikan peningkatan bilangan pendatang yang cuba menyeberang dari Senegal dan negara-negara Afrika lain ke Canaries.

Pada Januari hingga Ogos sekurang-kurangnya 21,780 pendatang tiba di Sepanyol, hampir 15% lebih tinggi daripada tempoh sama pada tahun 2022, menurut data rasmi.

September adalah salah satu tempoh paling sibuk untuk semua cubaan memasuki kerana perairan lebih tenang. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu