fb fb fb fb fb

Mexico dakwa AS enggan bina tembok baharu

(FOTO AFP)

MEXICO CITY, 7 Oktober- Kerajaan Amerika Syarikat didakwa tidak mahu membina tembok baharu di sempadannya dengan Mexico, kata Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador pada Jumaat.

Obrador turut meragui rancangan pembinaan tembok yang telah dirancang kedua-dua negara sebelum ini.

"Perkara tersebut (pembinaan tembok) adalah satu publisiti", kata Obrador pada satu sidang media selepas pentadbiran Biden mengumumkan pihaknya akan membina tembok tambahan sebagai tanda meneruskan polisi pentadbiran bekas Presiden Donald Trump.

Beberapa pegawai tertinggi AS dilapor bertemu pemimpin Mexico pada Khamis termasuk Setiausaha AS, Anthony Blinken bagi membincang perkara berkenaan.

"Mereka (AS) tidak mahu membina bahagian tembok baharu tersebut.

"Itu yang mereka (AS) beritahu kepada pihak kami (Mexico)", kata Obridor.

Presiden Mexico turut berkata pada mesyuarat tersebut, bahawa pembinaan tembok di sempadan kedua-dua negara bukanlah penyelesaian kepada masalah pendatang.

"Kami sentiasa bercakap tentang mencari punca kepada masalah kata Obrador

Presiden Biden pada Khamis berkata dana yang diperuntukan bagi pembinaan tembok berkenaan diluluskan Kongres dan dia tidak boleh mengalihkan wang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, Biden yang dilantik sebagai Presiden AS pada 2021 berikrar agar tiada lagi wang pembayar cukai negara berkenaan digunakan bagi pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu