fb fb fb fb fb

Russia tembak jauth 30 dron milik Ukraine

Serangan dron merosakkan sebahagian bangunan di Moscow/Foto fail AFP

MOSCOW, 25 Jun - Tentera Russia menembak jatuh 30 dron milik Ukraine yang dilancarkan semalam di kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Kementerian Pertahanan Russia melalui Telegram berkata, sistem pertahanan udara telah memusnahkan 29 dron di tengah Belgorod dan satu dron di Voronezh.

Rusia berkata dalam serangan udara terbaharu Ukraine semalam seramai 4 orang cedera di rantau sempadan Belgorod.

Rusia telah membedil Ukraine dalam serangan udara hampir setiap hari selama 28 bulan lalu.

Tentera Kiev telah melakukan serangan balas yang menyasarkan kemudahan tenaga dan ketenteraan Russia - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN