SEOUL, 25 Jun - Syarikat kilang bateri litium di Korea Selatan, Aricell tampil membuat permohonan maaf susulan insiden kebakaran berskala besar kilang yang mengorbankan 23 pekerjanya, semalam.
Syarikat yang terletak di Hwaseong, selatan ibu negara Seoul itu menegaskan telah mematuhi semua prosedur keselamatan serta mengikuti latihan yang ditetapkan.
Susulan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aricell, Park Soon-kwan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga pekerja yang maut serta memohon maaf kepada mereka yang terjejas.
Dalam kejadian sekitar 10.30 pagi semalam, sebahagian daripada 103 pekerja kilang yang maut merupakan pekerja kontrak yang dihantar oleh syarikat tenaga kerja.
Insiden itu mengorbankan 23 pekerja, termasuk 17 warga China dan seorang warga Laos.
Kebanyakan mereka adalah pekerja kontrak di kilang pembungkusan bateri litium kelolaan Aricell, yang berpangkalan di Korea Selatan.
Sementara itu, Perdana Menteri, Han Duck-soo mengarahkan Kementerian Buruh dan Industri serta Agensi Bomba Kebangsaan untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan segera.
Beliau meminta langkah segera turut diambil sekiranya terdapat kebimbangan berlaku kemalangan terhadap kebakaran berkenaan.- REUTERS