fb fb fb fb fb

Rusia-Ukraine terus berperang

FOTO REUTERS

BAKHMUT, 10 Ogos- Rusia terus melakukan serangan darat, udara dan tembakan peluru berpandu untuk menakluk kawasan di timur Ukraine.

Namun Kiev menyatakan, mereka terus memberikan tentangan sengit dan masih bertahan.

Pertempuran hebat berlaku di bandar berhampiran timur Donetsk.

Menurut pegawai Ukraine, tentera Rusia melancarkan gelombang serangan dalam cubaan untuk mengawal kawasan industri Donbass.

"Kami berjaya menghalang serangan darat dari arah Bakhmut dan Avdiivka," kata pasukan tentera Ukraine.

Namun pemimpin Chechen, Ramzan Kadyrov mendakwa tenteranya telah menawan sebuah kilang untuk Moscow di pinggir bandar timur Soledar.

Pasukan tentera lain yang disokong Rusia berkata mereka sedang dalam proses membersihkan kampung Pisky yang dikawal ketat.

Pasukan perisik Britain yang membantu Ukraine berkata kemaraan tentera Rusia di bandar Bakhmut adalah operasi paling berjaya di Donbass dalam tempoh 30 hari.

Mereka berjaya mara sekitar 10 kilometer.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu