fb fb fb fb fb

Kabinet Jepun umum barisan menteri baharu

(Foto AFP)

TOKYO, 10 Ogos- Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida merombak barisan kabinetnya hari ini.

Fumio Kishida memimpin parti pemerintah untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya dewan tertinggi parlimen pada bulan lalu, beberapa hari selepas Abe ditembak mati oleh seorang lelaki yang menyimpan dendam dengan Gereja Penyatuan.

Beberapa menteri dipecat selepas didakwa mempunyai hubungan dengan Gereja Penyatuan yang dikaitkan dengan kematian bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.


(Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan menteri kabinetnya menghadiri sesi bergambar di kediaman rasmi Perdana Menteri di Tokyo/AFP)

Rombakan diumumkan jurucakap tertinggi kerajaan, Hirokazu Matsuno.

Bekas Menteri Pertahanan, Yasukazu Hamada dilantik semula menerajui kementerian itu. Ia merupakan satu jawatan utama berikutan ikrar Kishida untuk meningkatkan belanjawan pertahanan bagi bertindak balas terhadap ancaman yang kian meningkat dari China dan Korea Utara.

Katsunobu Kato yang juga bekas Menteri Kesihatan di bawah pucuk pimpinan mendiang Abe turut dilantik semula mengetuai kementeriannya.

Selain itu, tokoh politik terkenal Taro Kono, yang pernah memegang beberapa portfolio berprofil tinggi, dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Digital yang bertanggungjawab untuk memajukan sistem analog dalam talian Jepun.

Sanae Takaichi pula dipilih sebagai Menteri Keselamatan Ekonomi yang baharu.-AFP

Media Baharu