fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh 13 dron

(Bangunan rosak berikutan serangan dron yang
dilaporkan di Moscow pada 24 Julai lalu/Foto Reuters)

MOSCOW, 10 Ogos- 11 dron Ukraine berjaya ditembak jatuh tentera Rusia berhampiran Crimea pada Khamis, selain dua dron yang dalam penerbangan ke Moscow.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan di Telegram memberitahu, dua pesawat udara tanpa pemandu (UAV) yang terbang ke arah bandar Moscow, musnah.

"Dua lagi dron Ukraine ditembak jatuh berhampiran bandar Sevastopol di pantai Crimea, dan sembilan lagi dipintas melalui senjata elektronik dan terhempas di Laut Hitam," tambah kenyataan itu.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan di mana-mana kawasan terjejas.

Serangan berlaku sehari selepas Rusia menyatakan dua dron tempur Ukraine yang menuju ke Moscow ditembak jatuh, dan sekurang-kurangnya keempat serangan dilakukan berhampiran ibu negara dalam tempoh seminggu.

(Tentera pertahanan udara Rusia menggagalkan serangan
dron Ukraine ke atas Moscow pada 24 Julai lalu/Foto Reuters)

Sehingga beberapa siri serangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Moscow tidak menjadi sasaran semasa konflik di Ukraine, yang bermula lebih setahun lalu.

Semenanjung Crimea yang diilhamkan Rusia, bagaimanapun, telah terganggu oleh beberapa serangan sepanjang permusuhan, dan menyaksikan serangan lebih kerap beberapa minggu kebelakangan ini.

Rusia pada Sabtu berkata telah menjatuhkan dron di atas lautan berhampiran Sevastopol, pangkalan armada Laut Hitamnya.

Pada bulan lalu, serangan dron Ukraine ke atas Crimea meletupkan depot peluru dan merosakkan jambatan merentasi Selat Kerch yang menghubungkan semenanjung ke tanah besar Rusia.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bulan lalu turut memberi amaran bahawa "perang" akan datang ke Rusia, dengan "pusat simbolik dan pangkalan tentera" negara itu menjadi sasaran.-AFP

Media Baharu