MOSCOW, 13 Oktober- Rusia menawan sebuah lagi perkampungan di timur Ukraine ketika bandar penting Pokrovsk, ditutup. Ia berikutan kemaraan tentera Rusia selama beberapa minggu.
Tentera Rusia telah bergerak ke arah barat di wilayah Donetsk selama berbulan-bulan, dengan Kiev menyifatkan keadaan hujung minggu ini berada pada tahap "sangat sukar."
Kementerian Pertahanan Moscow berkata, tenteranya telah menawan Mykhailivka, di pintu masuk bandar Selydove, dan selatan Pokrovsk.
Keadaan di Selydove rosak teruk akibat tembakan selama berbulan-bulan dan kebanyakan penduduk di kawasan itu melarikan diri.
Kini Rusia cuba menawan Pokrovsk; sebuah bandar perlombongan yang menjadi kediaman kepada kira-kira 60,000 penduduk sebelum Moscow meawan kawasan itu. Rusia mengambil masa berbulan-bulan sebelum berjaya menawan perkampungan di timur Ukraine itu.- AFP