fb fb fb fb fb

Pakistan bimbang keselamatan menjelang Sidang Kemuncak SCO

Anggota keselamatan berkawal di hadapan Istana Presiden menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Islamabad/ AFP

ISLAMABAD, 13 Oktober- Pihak berkuasa Pakistan bersiap sedia untuk menutup ibu negara itu menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). Ia berikutan pergolakan politik baru-baru ini di negara itu.

Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar; Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin dan Perdana Menteri China Li Qiang antara pegawai kanan kerajaan wilayah yang dijadualkan menghadiri persidangan dua hari itu.

Dalam beberapa minggu sebelum SCO, pihak berkuasa Pakistan mengenakan tindakan, mengharamkan pergerakan nasionalis etnik dan memperkenalkan undang-undang baharu yang menyekat bantahan di ibu negara.

Mereka juga telah menahan ratusan penyokong pemimpin pembangkang Imran Khan yang cuba berarak di Islamabad bulan ini.

Serangan maut ke atas konvoi jurutera China di bandar pelabuhan mega Karachi minggu lalu meningkatkan kebimbangan keselamatan di negara itu.

Akibat serangan itu, Islamabad membenarkan penempatan tentera di jalanan sepanjang tempoh sidang SCO.

Sementara itu seorang penganalisis keselamatan dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan Imtiaz Gul berkata, pertemuan itu mempunyai kepentingan besar bagi Pakistan.

"Kerajaan mendakwa telah membuat pengaturan keselamatan terperinci dan boleh difahami kerana ia perlu memastikan acara itu berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini," katanya kepada AFP.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI