fb fb fb fb fb

Rusia mungkir janji, sekat pengeluaran bijirin dari Ukraine

NAGANO, 18 April- Rusia memungkiri janjinya kepada negara yang bergantung kepada bijirin dengan menyekat makanan asas itu keluar dari Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken pada sidang media di akhir Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) di Karuizawa, Jepun.

"Sejak beberapa hari lepas, tiada kapal telah keluar dari Ukraine dan lebih 50 telah disekat daripada masuk.

Negara-negara di seluruh dunia bergantung pada bijirin yang menyelamatkan nyawa ini," katanya.

(Antony Blinken, Setiausaha Negara Amerika Syarikat / Foto REUTERS)

Tambah beliau, beberapa pelabuhan di Laut Hitam telah disekat selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula tahun lalu.

Sementara itu Blinken juga mengulas mengenai hubungan AS dengan China, selepas Presiden Joe Biden bertemu Presiden China, Xi Jinping di Indonesia pada November tahun lalu.

"Negara di seluruh dunia mengharapkan kami menguruskan hubungan dengan China secara bertanggungjawab.

Ia bermula dengan libat urus dan komunikasi," katanya.-REUTERS

Media Baharu