DOHA, 18 April- Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang dalam proses memulihkan hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan.
Hubungan diplomatik kedua-dua negara dijangka pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.
Seorang pegawai berkata, kedutaan dijangka dibuka semula dengan melantik duta baharu menjelang pertengahan Jun.
Pemulihan hubungan berlaku di tengah-tengah desakan serantau untuk perdamaian dengan Iran.
(Presiden UAE, Syeikh Mohammed Bin Zayed Al-Nahyan dan Emir Qatar, Sheikh Tamim
Bin Hamad Al-Thani mengadakan pertemuan di Amiri Diwan, Doha / Foto REUTERS)
Pada pertengahan 2017, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan semua hubungan dengan Qatar atas tuduhan ia menyokong keganasan.
Riyadh dan Kaherah adalah yang pertama melantik semula duta ke Doha pada 2021 selepas perjanjian yang diketuai Arab Saudi untuk menamatkan pertikaian.
Manakala Bahrain minggu lalu mengumumkan untuk memulihkan semula hubungan diplomatik dengan Qatar.-REUTERS