MOSCOW, 29 September- Rusia mendakwa melancarkan serangan besar-besaran ke atas Ukraine pada hujung minggu.
Antara yang menjadi sasaran ialah kemudahan ketenteraan termasuk lapangan terbang serta industri pertahanan.
Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan memaklumkan, pasukan tenteranya turut mara di beberapa kawasan termasuk Kharkov, Donetsk dan Zaporozhye, menggunakan senjata jarak jauh berketepatan tinggi serta dron.
Moscow juga mendakwa sistem pertahanannya menembak jatuh 230 dron Ukraine.
Dalam pada itu, Ukraine melaporkan sebanyak 173 pertempuran berlaku di medan pertempuran dalam tempoh 24 jam.
Tentera Udara Ukraine mendakwa Rusia melancarkan lebih 590 dron dan 40 peluru berpandu dari Sabtu malam hingga awal pagi Ahad.
611 daripadanya berjaya ditembak jatuh dan dipintas setakat pagi semalam. -REUTERS