KIEV, 28 September - Rusia telah melancarkan 595 dron dan 48 peluru berpandu ke atas Kiev, Ukraine pada awal pagi Ahad.
Menurut Tentera Ukraine, sistem pertahanan udara negara itu berjaya memintas dan menembak jatuh 568 dron serta 43 peluru berpandu yang dilancarkan oleh Rusia.
Serangan terbaharu Rusia itu mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan puluhan yang lain.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata serangan tersebut berlangsung lebih 12 jam dan turut menyebabkan kerosakan besar pada sebuah klinik kardiologi, beberapa kilang, serta bangunan kediaman.
Sementara itu, negara jiran, Poland, telah menutup ruang udaranya berhampiran dua bandar di kawasan tenggara dan menggerakkan jet pejuang sebagai langkah berjaga-jaga sehingga ancaman tersebut berakhir. –REUTERS
BERITA BERKAITAN: