fb fb fb fb fb

Lebih 20 orang lagi terbunuh dalam serangan Israel

Foto REUTERS

GAZA, 28 September - Penduduk Palestin di Nuseirat, Gaza mengadakan pengebumian orang tersayang mereka pada Ahad, susulan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel pada waktu malam.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sebanyak 16 kematian dilaporkan dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di tengah-tengah Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat Ahad sekurang-kurangnya 21 orang.

"Sekurang-kurangnya lima kematian dilaporkan akibat serangan udara Israel di kawasan Al Naser, Gaza

"Kereta kebal Israel turut bergerak lebih jauh ke kawasan kediaman di bandar Gaza pada hari sama.

"Pihak berkuasa kesihatan Gaza menghadapi kesukaran untuk memberi respons kepada panggilan kecemasan yang diterima daripada penduduk yang terperangkap di kawasan sasaran serangan," menurut kenyataan itu.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza yang bermula hampir dua tahun lalu telah mengakibatkan lebih 65,000 rakyat Palestin terkorban.

Serangan tersebut juga menyebabkan penduduk terpaksa berpindah, selain melumpuhkan sistem kesihatan di wilayah terkepung itu. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM