fb fb fb fb fb

Rusia isytihar kuasai sepenuhnya kawasan kediaman Severodonetsk

(Asap mengepul di bandar Sievierodonetsk semasa pertempuran hebat antara tentera Ukraine dan Rusia di wilayah timur Ukraine Donbas pada 30 Mei 2022/AFP)

KIEV, 7 Jun- Rusia pada hari Selasa mengumumkan tenteranya telah berjaya menguasai sepenuhnya kawasan kediaman di bandar utama Ukraine, Severodonetsk yang bergolak.

"Kawasan kediaman bandar Severodonetsk telah 'dibebaskan' sepenuhnya," kata Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu dalam mesyuarat kementerian pertahanan.

Tentera Rusia masih berusaha memantapkan kawalan di "zon perindustrian dan penempatan terdekat" bandar itu, tambahnya, di tengah-tengah laporan bercanggah tentang siapa yang mengawal apa.

Moscow telah meningkatkan asakan untuk mengawal hab perindustrian strategik itu sebagai sebahagian daripada usahanya menakluki kawasan yang luas di timur Ukraine tetapi tentera Kiev setakat ini berjaya bertahan.

"Wira kami sedang mempertahankan kedudukan mereka di Severodonetsk. Pertempuran jalanan yang sengit berterusan di bandar ini," kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam ucapan video lewat Isnin.

(Asap mengepul akibat tembakan di bandar Severodonetsk semasa pertempuran antara tentera Ukraine dan Rusia pada 7 Jun 2022/AFP)

Zelensky bagaimanapun mengakui jumlah anggota tentera Ukraine di bandar utama itu lebih kecil berbanding lawan yang 'lebih kuat'. -AFP

Media Baharu