fb fb fb fb fb

Rusia harus hadir sidang kemuncak kedua Ukraine - Zelensky

Volodymyr Zelensky/ AFP

KIEV, 15 Julai- Rusia harus hadir pada sidang kemuncak kedua di Ukraine untuk mendapatkan keamanan berkekalan dengan Kremlin, selepas lebih daripada dua tahun perang, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Berpuluh-puluh pemimpin dunia menyuarakan sokongan untuk keamanan di Ukraine selepas sidang kemuncak peringkat tinggi yang diadakan oleh Zelensky bulan lalu di Switzerland, namun Rusia tidak dijemput.

"Saya percaya bahawa wakil Rusia sepatutnya berada pada sidang kemuncak kedua," kata Zelensky dalam sidang akhbar di sini. Beliau membentangkan kertas kerja untuk persediaan sidang kemuncak susulan.

Zelensky mengumumkan mesyuarat berasingan turut diadakan. Ia memfokuskan isu utama termasuk keselamatan tenaga, yang akan diadakan di Qatar dan keselamatan makanan di Turki menjelang sidang kemuncak kedua.

Pemimpin dan pegawai tertinggi dari lebih 90 negera berkumpul di Switzerland pada 15 Jun lalu untuk sidang kemuncak dua hari demi menyelesaikan konflik Eropah terbesar sejak Perang Dunia II itu.

Bagaimanapun Kremlin berkata, sebarang perbincangan mengenai penamatan konflik yang tidak termasuk Rusia adalah "tidak masuk akal."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI