ISLAMABAD, 15 Julai- Kerajaan Pakistan berusaha untuk mengharamkan parti politik bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan Imran Khan, kata Menteri Penerangan pada Isnin.
Perkara itu beberapa hari selepas keputusan mahkamah yang memihak kepada bekas pemimpin itu.
Khan digulingkan pada 2022, sebelum melancarkan kempen kemunculan semula apabila dia mengkritik jeneral berkuasa Pakistan dan menarik orang ramai untuk turun ke jalanan di seluruh negara.
Penahanan ke atas Khan adalah disebabkan tuduhan rasuah tahun lalu dan menyaksikan penyokong menyerbu bangunan tentera serta melancarkan tindakan keras terhadap parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
Khan dipenjarakan selama hampir setahun, tetapi minggu lalu seorang hakim Islamabad membatalkan sabitan kes manakala Mahkamah Agung menganugerahkan PTI lebih banyak kerusi parlimen. Ia sekali gus memberikan parti itu satu langkah untuk menjadikan mereka parti terbesar dalam Dewan Negara.
Bagaimanapun kedua-dua kes itu dianggap cabaran besar kepada kerajaan campuran Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.
Sementara itu Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata, kerajaan akan membawa kes itu untuk mengharamkan PTI ke Mahkamah Agung.
"Kami bersungguh-sungguh mempertahankan kes ini dan tidak berusaha untuk mempertandingkannya," katanya.
Khan, 71, dilarang bertanding dalam pilihan raya pada Februari, manakala PTI diketepikan dan pakatan parti pimpinan Sharif dianggap rapat dengan tentera berkuasa.
Jurucakap PTI dalam satu kenyataan berkata, tawaran untuk mengharamkan parti secara rasmi "adalah tanda panik kerana mereka menyedari mahkamah tidak boleh diancam dan diletakkan bawah tekanan".- AFP