fb fb fb fb fb

100 individu cedera, gara-gara kuota pekerjaan di Bangladesh

Seorang wanita yang cedera selepas penunjuk perasaan anti-kuota dan pelajar yang menyokong parti pemerintah Liga Awami bertempur di kampus Universiti Dhaka/ REUTERS

DHAKA, 15 Julai- Sekurang-kurangnya 100 individu cedera, berikutan tunjuk perasaan yang menentang kuota untuk pekerjaan dalam kerajaan, kata polis.

Polis dan saksi berkata ratusan penunjuk perasaan anti-kuota dan pelajar yang menyokong parti pemerintah Liga Awami bertempur selama berjam-jam di kampus Universiti Dhaka.

Mereka membaling batu, berlawan dengan kayu dan memukul antara satu sama lain dengan batang besi.

Menurut saksi kejadian, ada yang membawa parang manakala yang lain membaling bom petrol.

Sistem kuota itu menyimpan lebih separuh daripada jawatan perkhidmatan awam yang bergaji tinggi untuk kumpulan tertentu. Ia termasuk anak-anak pahlawan dari perang pembebasan negara pada 1971 dari Pakistan.

"Mereka bertembung dengan kayu dan membaling batu antara satu sama lain," kata ketua balai polis tempatan Mostajilur Rahman kepada AFP.

Seorang inspektor polis, Masud Mia berkata, "kira-kira 100 pelajar termasuk wanita" cedera, dan telah dibawa ke hospital. "Lebih ramai yang menyertai protes itu," tambah Mia.

Pelajar melancarkan protes awal bulan ini untuk menuntut sistem berasaskan merit.

Kumpulan itu meneruskan protes berkenaan walaupun Mahkamah Tertinggi Bangladesh telah menggantung sistem kuota.

Bagaimanapun penunjuk perasaan anti-kuota menyalahkan pelajar parti pemerintah atas keganasan itu.

"Mereka menyerang perarakan aman kami dengan tongkat, kayu dan batu," kata Penyelaras Protes anti-kuota, Nahid Islam kepada AFP.

"Mereka memukul penunjuk perasaan wanita. Sekurang-kurangnya 150 pelajar cedera termasuk 30 wanita, dan keadaan 20 pelajar berada cedera dalam keadaan serius."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI